- Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan mereka, dan juga dibimbing untuk mencari data.
- Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang di jaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan diberhentikan dari institusi sekiranya kaunselor tidak dapat melaksanakan apa yang telah dipersetujui di dalam perjanjian bersama majikan.
- Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.
- Kaunselor tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan orang lain.
- Kaunselor harus mengetahui perbezaan diantara tawaran perkhidmatan kaunseling dengan perkhidmatan penerangan awam. Perkhidmatan kaunseling melibatkan antara kaunselor dan klien manakala perkhidmatan penerangan disebarkan oleh media massa.
Ahad, 15 Julai 2018
ETIKA KAUNSELING
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan