- Setiap kaunselor perlu menghormati kejujuran klien untuk berjumpa dengannya untuk meminta pertolongan. Kaunselor harus membina kepercayaan dan dan rasa rela hati dalam diri klien tersebut. Ia berlaku apabila kaunselor menunjukkan reaksi atau tindak balas positif seperti memberi senyuman apabila bertemu. Klien akan berasa berbesar hati kerana merasakan dirinya selamat dan dihargai oleh kaunselor.
- Kaunselor perlu menjelaskan syarat-syarat kaunseling kepada klien. Sebagai contoh, kaunselor memberi tahu peranan dan kelebihan yang ada pada pihak klien tersebut.
- Kaunselor tersebut perlu merujuk kepada kaunselor lain sekiranya kes yang dikendalikan adalah di luar kepakarannya. Contohnya adalah seperti masalah yang berkaitan akidah dan fahaman agama. Maka, kaunselor tersebut haruslah merujuk kepada yang pakar seperti ustaz atau alim agama yang bertauliah. Tidak wajar sekiranya kaunselor berpura-pura seolah-seolah mengetahui dan pakar dalam hal tersebut.
- Kaunselor perlu memberitahu kepada klien bahawasanya segala maklumat yang disampaikan adalah sulit. Menurut Patterson (1967) di dalam bukunya yang bertajuk The Caunselor in the School (1967) setiap kaunselor wajib memelihara segala maklumat klien. Ia penting bagi menjamin dan membina keyakinan dalam diri klien agar menceritakan hal sebenar dengan yakin dan selamat.
- Kaunselor boleh meminta pandangan dan pendapat kaunselor lain sekiranya masalah yang dikendalikan dapat diselesaikan dengan cara yang di luar bidang mahirnya. Ia tidak dikira membocorkan maklumat kerana nama dan status klien masih disembunyikan.
Sabtu, 14 Julai 2018
PRINSIP KAUNSELING
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan