Menurut Othman Mohamed (2000)
- Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.
- Melibatkan usaha memberi arahan secara teratur.
- Mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan sesuatu matlamat tercapai.
- Kelazimannya bagi menentukan kebajikan dan perkembangan diri.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159)
- Bimbingan merupakan satu perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang.
- Pembimbing pula ialah gelaran bagi orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing.
Menurut Crow dan Crow (1960)
- Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia atau menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri.
Menurut Shertzer dan Stone (1971)
- Proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam sekeliling.
- Sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk lihat hasilnya.
Menurut Tang Chee Yee (1991:1)
- Bantu seseorang individu dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi dan sosial.
- Fahami diri: Bagaimana seseorang individu itu memahami identiti diri, kelebihan dan kekurangan diri.
- Alam sekeliling: Keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluang-peluang yang perlu direbut.
KAUNSELING
-Satu hubungan 'menolong' yang melibatkan penolong dan individu yang di tolong.
Menurut English dan English (1980):
- Bidang-bidang penyesuaian yang dapat diketahui melalui hubungan peribadi-sosial.
- Rujukan adalah kepada klien yang normal
- Perkhidmatan ini perlu dilakukan oleh individu yang terlatih dan profesional.
Menurut Gladding (2003):
- Proses menolong individu yang normal dan menyelesaikan masalah berkaitan tugas-tugas perkembangan dan keadaan hidup.
- Bertujuan bagi mengenali diri, permasalahan, penyesuaian, menenteramkan emosi dan fikiran yang dihadapi oleh klien.
Menurut Kelly (1976):
- Individu bertingkah laku mengikut apa yang dipercayai benar.
- Bermakna tingkah laku individu dipengaruhi oleh cara seseorang berfikir.
Menurut Blocher (1996):
- Mempercepatkan individu mempelajari keadaan peribadinya secara mendalam.
- Dapat dilakukan dengan memahami watak dirinya dalam kehidupan seharian.
Menurut Abdul Ghani (2003):
- Dalam proses menolong, kaunselor harus mementingkan segala aspek perhubungan supaya perhubungan menjadi berkesan dan erat.
Menurut Pepinsky dan Pepinsky (1954):
-Interaksi yang terjadi apabila berlaku perkara berikut:
- Apabila pertemuan antara dua orang yang dipanggil kaunselor dan klien.
- Berlaku dalam persekitaran yang profesional.
- Merintis jalan bagi mengekalkan satu cara atau kaedah yang mampu mewujudkan perubahan-perubahan tingkah laku.
Dalam Akta Kaunselor (1998):
- Satu proses sistematik bagi membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunseling bagi mencapai sesuatu matlamat kaunseling.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan