Sabtu, 14 Julai 2018

MATLAMAT KAUNSELING


  1. Membantu klien menjadi lebih produktif.
  • Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. 
  • Klien perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
  • Satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan tidak akan tercapai seandainya klien berdiam diri sahaja.

       2. Memperbaiki imej diri yang negatif.
  • Imej diri yang negatif adalah satu halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang keputusan.
  • Mereka mungkin akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi diri mereka.
  • Kaunselor berperanan membimbing klien membentuk imej yang positif.
  • Klien belajar untuk memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri negatif.
  • Imej diri yang yang positif menandakan kestabilan personaliti.

      3. Membantu klien bertanggungjawab ke atas dirinya.
  • Klien diajar bertanggungjawab kepada diri sendiri.
  • Sifat 'lepas tangan' tidak akan membuahkan hasil yang baik.
  • Klien yang bertanggungjawab kepada dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya.
  • Seandainya sesuatu berlaku, mereka tidak akan menyalahkan orang lain.

      4. Mengerakkan perubahan tingkah laku.
  • Kadangkala, tingkah laku sedia ada menjejaskan perjalanan hidup.
  • Tingkah laku perlu disuaikan dengan 'siapa' klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada.
  • Kaunselor akan mengajar klien akan tingkah laku yang mampu di lakukannya.
  • Ia juga boleh jadi perubahan tingkah laku yang kecil.
  • Perkara yang perlu difokuskan ialah klien dapat menguruskan dan mengawal perubahan yang berlaku.
  • Perubahan tersebut haruslah kekal.

       5. Ajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
  • Suaikan diri sama ada dengan orang sekeliling mahupun persekitaran.
  • Akan berlaku banyak konflik seandainya klien tidak mahu menyesuaikan diri.
  • Klien seharusnya sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran yang berubah.
  • Klien perlu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha untuk mengurangkan ketegangan dan konflik.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan