Sabtu, 21 Julai 2018

TEORI KAUNSELING

TEORI GESTALT


Hasil carian imej untuk pengasas teori gestalt     Hasil carian imej untuk kurt kuffka      Hasil carian imej untuk wolfgang koehler
  • Teori pembelajaran ini dikembangkan oleh Kurt Koffka, Wolfgang Koehler dan Max Wertheimer.
  • Gestalt ialah perkataan Jerman yang bermaksud keseluruhan.
  • Semua tingkah laku dan pengalaman manusia disusun menjadi Gestalt.
  • Pendekatan Gestalt menekankan pada masa sekarang, di sini dan ketika ini.
  • Kurang mementingkan sebab-musabab pada satu-satu masalah itu.
  • Menitikberatkan pemahaman serta kesedaran emosi dan fizikal tentang diri klien.
  • Terapi Gestalt berdasarkan tindakan bukan sekadar bercakap sahaja, eksistensial(orang boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab sendiri) dan eksperimental(mengalami perasaan-perasaan baharu).
  • Terapi Gestalt ialah terapi phenomenological-existential 
  • Ditemui oleh Frederick (Fritz) dan Laura Perls pada tahun 1940-an.
  • Mereka mengajar ahli terapi dan pesakit tentang kesedaran melalui kaedah fenomenologikal, iaitu pengamatan, perasan dan kelakuan dibezakan dari interprestasi dan penyusunan sikap yang sedia ada.
  • Matlamatnya adalah supaya klien mencapai kesedaran tentang apa-apa yang mereka sedang lakukan, cara mereka lakukan dan cara mereka mengubah diri sendiri.
  • Tujuannya juga supaya klien belajar untuk menerima dan menghargai diri sendiri.
  • Lebih fokus kepada proses (apa yang sedang berlaku) dan kurang terhadap kandungan (apa yang sedang dibincang). 
  • Tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan, difikirkan dan dirasai pada masa itu.
  • Boleh dikatakan Terapi Gestalt ialah pendekatan phenomenological-existential kepada perkembangan dan pertumbuhan kendiri.
  • Anderson (2008) berkata, Gestalt menyedari tentang kehendak semula jadi manusia ke arah perkembangan dan kesihatan.
  • Segala perubahan dalam cara hidup yang berlaku merupakan hasil daripada kesedaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan