Dalam konteks pendidikan pada masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merupakan satu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. merupakan satu usaha yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi mengenali diri dan potensinya yang sebenar.
Banyak program boleh diatur bagi memberi perkhidmatan menolong bantu pelajar dalam aspek pemulihan, pencegahan dan perkembangan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan sikap diri pelajar melalui unit Perkhidmatan Bimbing dan Kaunseling yang berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling serta bimbingan individu sangat penting dan memainkan peranan yang amat besar dalam perkembangan dan pencapaian murid-murid dalam pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dapat dicegah dan ditangani di peringkat awal.
Sekiranya masalah-masalah yang dihadapi murid dapat dicegah dan dibiarkan berterusan dan tiada bimbingan dan pemantauan dari pihak sekolah, murid-murid akan hilang arah tujuan serta rosak masa depan. Malah ia akan menjadi barah yang akan menyebabkan generasi muda kehilangan identiti, kecelaruan emosi, kurang keyakinan dan sentiasa hilang semangat. tidak mustahil situasi ini akan memberikan kesan yang negatif kepada negara apabila munculnya generasi pelapis yang tiada jatui diri, malas berfikir, tidak berketerampilan, tiada daya kepimpinan, tidak bersemangat waja, dan hilang semangat patriotik kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan