- Kaunselor sedar tentang jenis klien yang datang ke sesi kaunseling sama ada secara sukarela, dirujuk dan rela atau dirujuk tanpa rela.
- Apabila klien datang untuk bertemu janji, kaunselor perlu mengumpul maklumat atau mendapatkan profil ringkas dari klien untuk memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan bantuan.
- maklumat klien akan membantu kaunselor dari segi penyediaan mental.
2. MEMBINA HUBUNGAN (MELAYAN, MENDENGAR DAN MEMAHAMI)
- Pandangan pertama kaunselor kepada klien untuk membantunya amat penting bagi klien.
- Persepsi@pandangan pertama akan menentukan sama ada klien akan meneruskan sesi atau tidak.
- Antara perkara yang dilakukan oleh kaunselor dalam membina hubungan ialah menstruktur sesi kaunseling.
- Penstrukturan adalah asas kepada penyediaan mental dan psikologi klien terhadap sesi dan proses kaunseling.
Berikut adalah beberapa panduan bagi mewujudkan hubungan yang baik diantara kaunselor dan klien:
🌈Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra.
🌈Menunjukkan keinginan untuk menolong.
🌈Mendengar apa yang diperkatakan.
🌈Mendengar luahan perasaan yang dinyatakan.
🌈Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak dinyatakan.
🌈Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian.
🌈Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa yang dikatakan melalui perkataan dan ditunjukkan melalui tingkah laku klien.
🌈Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan memahami.
3. MENEROKA DAN MENGANALISA MASALAH.
- Bahagian penerokaan adalah amat penting dalam proses kaunseling.
- Perlu dilakukan dengan teliti.
- Penerokaan dilakukan dari sesi ke sesi perlu bergerak dari permukaan kepada tahap yang lebih mendalam.
- Manusia adalah kompleks dan sukar untuk memahaminya dalam jangka masa pendek.
- Kaunselor perlu menyedari bahawa klien memiliki banyak maklumat tentang dirinya.
- Penerokaan yang teliti memberi peluang kepada kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien.
- Kaunselor dan klien perlu meneroka dan memahami apa yang menjadi masalah utama klien.
4. MENGENALPASTI PUNCA MASALAH.
- Klien perlu mengenalpasti punca masalahnya.
- Sukar bagi kaunselor dan klien untuk menentukan matlamat kaunseling buat klien sekiranya samar tentang punca masalah.
- Matlamat kaunseling penting untuk menentukan hala tuju proses kaunseling atau destinasi kaunseling untuk klien.
- Kaunselor perlu ambil kira 3 faktor utama iaitu diri klien, orang lain tetapi melibatkan diri klien dan takdir.
Perbincangan perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
- Pilihan-pilihan yang ada.
- Kekuatan atau kelebihan dan kesesuain setiap pilihan.
- Kesediaan klien dalam membuat pilihan.
- Pilihan yang tepat.
- Pilihan yang kurang tepat
- Tanggungjawab klien ke atas pilihannya.
5. MENGAMBIL TINDAKAN.
- Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan.
- Kaunselor perlu meneroka tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh klien.
- Memastikan klien benar mengetahui apa yang akan dilakukan.
- Kejayaan klien akam dimanifestasikan oleh tindakannya.
- Klien belum berjaya sekiranya masih berada di tahap "ingin bertindak tetapi tidak bertindak".
Penerokaan ini akan meliputi perkara-perkara berikut:
- Pilihan atau alternatif yang dipilih.
- Langkah yang perlu diambil.
- Masa yang sesuai untuk bertindak.
- Pernyataan semula keputusan yang telah dipersetujui (pengukuhan).
6. MENAMATKAN SESI.
- Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan.
- Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat diuruskan.
Diantara kejayaan sesuatu kaunseling ialah:
- Klien mampu berdikari dan mengurus diri sendiri.
- Klien mampu membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat.
- Kaunselor perlu fokus kepada masalah utama yang sentiasa menggangu klien.
- Eleman penting ialah klien perlu memiliki kesedaran, ilmu pengetahuan, atau kebijaksanaan dan kemahiran untuk mengatasi masalah.
7. SUSULAN.
- Ada sesetengah kes yang memerlukan khidmat susulan.
- Selalunya melibatkan kes seperti dadah atau pemulihan akhlak dimana kemajuan diri klien perlu dipantau oleh kaunselor.
- Kedatangan klien untuk khidmat susulan boleh dijarakkan seandainya klien menunjukkan kemajuan diri dan kaunselor juga berpuas hati dengan kemajuan tersebut.
- Kaunselor perlu menamatkan sesi kaunseling sekiranya klien telah menunjukkan kemajuan diri yang paling baik.
- Ini bermakna klien mampu berdikari dan tidak membahayakan diri sendiri atau orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan